Okay, last post I dah janji nak share tips interview. Bukan la banyak sangat pengalaman tapi tips tu adalah bila kita membaca dan rasai sendiri macamana. Setiap tempat interview kadang-kadang berbeza but mostly they are ask the same questions. Mostly tapi bukan semua. Depends pada jenis interview. Setakat ni Ryna cuma pergi interview scholarship and sambung belajar. Pasal kerja belum lagi. InshaAllah one day.
First, bila dah dapat call or emel yang kita akan kena interview beberapa hari or minggu. Selalunya tempoh dalam 2 minggu. Just be prepare. Sediakan dokumen apa yang patut. I suggest korang buka website diorang and tengok apa yang patut bawa. Pastikan semua dokumen telah disahkan benar (tu penting!) Mana yang ibubapa yg tiada slip gaji atau berniaga sendiri mestilah ada surat pengesahan pendapatan. Nak cari mana? Erm, Sorry. Ryna pun my mom yang bagi. Ive no idea. Jangan lupa untuk bawa uolls punya sijil yang hebat-hebat tu. Tips! Susun sijil tu dari peringkat tertinggi and I think better korang bawa sijil yang latest la about 2,3 tahun yang lepas. Jangan yg tadika pun bawa sekali.
Pemakaian korang, ini yang penting. Be formal. Biar nampak kemas walaupun baju korang dah lusuh ke. Pemakaian ni untuk first impression. Biar panel tengok kita then diorang positif pasal kita. Jangan pakai pakaian yang menjolok mata. Jangan sesekali pakai Tshirt or Jeans. Untuk perempuan, Ryna cadangkan tidak perlu pakai shawl yang belit over-over sangat. Simple saja. Ingat, ni bukan interview AF or Dewi Remaja yang pandang pada kecantikan. Be yourself.
Dah settle semua, korang mestilah prepare dengan soalan-soalan yang biasa disoal. Contohnya introduce yourself. Bila soalan yang macamni, inilah masanya untuk korang ceritakan pasal korang. Cerita semua sekali yang boleh buat panel tu impress ngan korang. Apa kelebihan korang, ativiti yang disertai masa kat sekolah or matrik. Takde masa so korang cerita je la. But! jangan melalut sampai sedara mara pun korang cerita. Jadi bosan nanti.
Soalan lain "Kenapa korang mohon biasiswa/sekolah/ipt ni?" This is common question. So, jawapan mestilah logik, dapat diterima akal and korang mesti buat research sikit pasal korang punya interview ni. Jangan pergi dengan zero. Tiada langsung knowledge pasal syarikat yg ditawarkan biasiswa or sekolah/ ipt yang korang nak masuk.
Next, banyakkan membaca pasal isu semasa. Kadang-kadang soalan diorang takde kena mengena pun dengan syarikat diorang. Tapi diorang nak tengok kita ni alert ke tidak dengan keadaan persekitaran. Langkah mengatasi so whatever. Jadi sebelum pergi tu banyak lah beli paper and baca.
Panel yang soal korang ni kadang-kadang ada gaya macam tak interview. Gaya dia macam berbual je. Tapi percayalah waktu ni diorang nak tengok skill communication kita camne. Korang pun jangan main bedal je bila tengok diorang relax korang pon jawab macam bercakap ngan member. Be professional. Guna ayat yg sesuai dan sentiasa senyum. Jangan nampakkan kita ni stress sangat. Dahi berkedut macam payah sangat soalan tu. Cool okay?
Interview ni diorang buat sebab nak tengok cara kita macamana. Then, cara percakapan kita. Confident tu yang diorang nak. Macam Ryna. Tak pandai mana pun bahasa Inggeris tapi interview kebanyakan diorang akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Ryna akan gunakan ayat English yang mudah. Ryna cakap jugak tapi tak fully English. Try cakap depan cermin dan biar nampak kita ni sangat konfiden. Kalau rasa memang tak boleh sangat nak speaking. Cakap je in BM. Diorang pun orang Melayu. Cuma kena formal la. Jangan tergagap sangat. Sikit-sikit tu boleh la. One more thing, tepati masa. Datang awal takpe walaupun kena tunggu giliran. Yang penting before and after doa lah banyak banyak. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Setakat tu ini je dulu yg Ryna share. This common. Untuk semua interview. Next time I'll share masa Ryna interview Bursa Saham Scholarship, Kemasukan UKM. Ryna dah share pasal YTN scholarship kan? Sebelum post ni. Baca je. Hope membantu korang yang akan di interview. Ada apa-apa just drop your comment bawah ni or in chat box. ;)
No comments:
Post a Comment